Monday, July 11, 2011

Sma Parit Sulong.. Sekolah Ku


Salam.. 


               Hari ini saya akan menceritakan tentang sekolah lama saya, SMA Parit Sulong. Sekolah yang banyak membantu dan mendidik saya sehingga saya dapat menjejakkan kaki ke pintu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.. Mekasih cikgu2, mekasih ustaz2, mekasih ustazah2.. Akan aku teruskan perjuangan ku...

Sekolah Menengah Agama Parit Sulong


KRONOLOGI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT SULONG
         
       
Sekolah Menengah Agama Parit Sulong dahulunya dikenali sebagai Madrasah Arabiah Parit Sulong kini semakin berkembang maju selaras dengan perkembangan taraf pendidikan hari ini. Ia tubuhkan pada 1 Januari 1964 oleh Ustaz Ishak Bin Damio sebagai pengetua dan telah didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Arab mengikut peraturan – peraturan Sekolah Arab Negeri Johor sebagaimana peraturan SUKJ 12/56 ( VOL 1) bertarikh 24 Septembar 1963 pada 4 April 1979M bersamaan dengan 7 Jamadil Awal 1399 H.




Madrasah ini menumpang di bangunan Balai Raya Parit Sulong dengan mendapat kebenaran dari Ketua Kampung serta ahli jawatankuasanya. Bahasa Arab digunakan sebagai bahasa penghantar . Masa belajar yang diperuntukkan tidak boleh kurang daripada empat (4) jam sehari. Sessi persekolahan dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang ( pagi atau petang ). Bilangan guru pada masa itu ialah 4 orang dengan pendapatan RM 20.00 sebulan. Bilangan pelajar pula seramai 80 orang meliputi darjah satu hingga darjah empat Ibtidaiah.

Matapelajaran yang diajar ialah Nahu, Sorof, Insyak, Akhlak, Hadith, Mutalaah, Fiqah, Tauhid, Al – Quran, Tajwid dan lain – lain lagi. Pengajaran mengikut sukatan pelajaran Sekolah – sekolah Rendah Arab Negeri Johor yang telah disusun dan ditetapkan oleh Jabatan Agama Negeri Johor. Semua peralatan mengajar adalah atas daya usaha guru – guru dan pentadbir sendiri. Sekolah bergerak tanpa mendapat bantuan dari mana – mana pihak atau sumber – sumber yang lain.



Arwah Ckg. Yusuf Wan, Arwah Ckg. Uthman bin Tahir. Arwah Ustaz Hj. Noor bin Ali. Ustazah Muslimah Burhan. Ckg. Jamieh bte Kornain. Ustazah Jaharah Owan


Bermula 1975, sessi persekolahan madrasah adalah pada tiap – tiap hari Ahad hingga Khamis, bermula pukul 2.00 petang hingga 6.20 petang. Matapelajaran akademik telah diperkenalkan sebagai matapelajaran tambahan di tingkatan satu, dua dan tiga mengikut seperti mana sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Oleh kerana madrasah ini terletak di kawasan yang sangat rendah dan seringkali dilanda banjir pada musim tengkujuh yang berlaku setiap tahun, maka bilangan pelajar semakin berkurangan.

Pada tahun 1979, madrasah ini dengan rasminya telah didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama ( Rendah ) Negeri Johor. Pada akhir tahun 1983, madrasah ini telah mendapat Bantuan Skim pinjaman Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kemudahan dan galakan kepada pelajar. Tenaga pengajar juga telah menerima bantuan dari Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Johor mengikut bilangan murid. Antara tenaga pengajar pada masa itu ialah Ustazah Jaharah Bte Owan, Ustazah Moslimah binti BurhanUstaz Hj. M. Noor Bin Ali (telah meninggal), Cikgu Yusof Bin Wan (telah meninggal) dan Cikgu Jamieh Binti Kornian (Telah bersara).





No comments:

Post a Comment