Wednesday, July 13, 2011

Sma Parit Sulong.. Sekolah Ku (Bab 2)

Bab 2

Pada tahun 1987, madrasah ini telah berpindah ke Bangunan UMNO yang terletak di Jalan Muar Parit Sulong. Bangunan dua tingkat yang juga merupakan Bangunan UMNO itu mampu menampung hampir 80 orang pelajar dengan 4 buah kelas. Seperti tahun – tahun yang lalu, sessi pembelajaran bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.20 petang, yang merangkumi dua aliran, Arab dan Akademik yang mana pelajarnya akan menduduki dua peperiksaan, iaitu Peperiksaan SMRA ( Sijil Menengah Rendah Agama ) yang akan mendapat Sijil Syahadah Ibtidaiah dan Peperiksaan SRP ( Sijil Rendah Pelajaran ).

     Melalui dua peperiksaan ini, sekolah ini mempu melahirkan pelajar – pelajar yang cemerlang. Ini dibuktikan dengan keputusan peperiksaan yang mencapai tahap kelulusan 100% sejak tahun 1990 hingga 1996. Dan pada setiap tahun, madrasah ini menghantar pelajar – pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Ma’ahad Johor yang mana sebahagian besar dari mereka ini telah menjawat jawatan yang baik di dalam agensi – agensi kerajaan dan swasta, sama adea di dalam negeri Johor mahupun negeri – negeri lain seperti Sarawak, Sabah dan Brunei Darus Salam.

Ini menambahkan keyakinan masyarakat untuk menghantar anak – anak mereka ke sekolah ini. Dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah, bilangan guru – gurunya juga telah bertambah. Pada akhir tahun 1982, pihak sekolah telah menerima setengah ( ½ ) ekar tanah yang telah diwaqafkan oleh Puan Hajjah Mulia Binti Hj. Salleh untuk dijadikan tapak bangunan sekolah yang baru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 1993, AJK Tadbir Sekolah telah mengadakan mesyuarat dan mengambil persetujuan untuk membina sebuah sekolah di atas tapak yang telah diwakafkan.

Tahun 1994 – 1998

Pada tahun 1994, sekali lagi sekolah ini berpindah ke bangunan yang telah dibina di atas tanah yang telah diwaqafkan oleh Puan Hajjah Mulia Binti Hj. Salleh. Bangunan satu tingkat itu adalah hasil usaha daripada dermawan, sumbangan orang ramai, ahli jemaah pengurusan sekolah dan juga guru – gurunya. Bangunan satu tingkat itu terdiri daripada tiga ( 3 ) bilik darjah, satu bilik guru, tandas dan kantin. Pada tahun 1998 itu juga sebuah lagi bangunan dua tingkat dibina di bahagian belakang bangunan satu tingkat itu yang mengandungi empat ( 4 ) buah bilik darjah, tandas dan bilik sembahyang. Bangunan ini adalah hasil daripada bantuan modal Kementerian Pendidikan Malaysia dan bantuan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pendidikan Malaysia.

   Pada tahun 1999, dengan keprihatinan Jabatan Agama Johor, satu perundingan telah diadakabersama dengan guru – guru sekolah ini. Hasil daripada perbincangan itu, mereka telah membuat keputusan untuk menggantikan bangunan satu tingkat yang sedia ada dengan bangunan 4 tingkat, yang akan dikendalikan oleh MAIJ, JAJ, PKENJ dan agensi lain yang terlibat. Oleh kerana bangunan yang ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang ramai, maka dua sessi persekolahan telah dijalankan iaitu pagi dan petang.

Di dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kesatuan Guru – Guru Sekolah Agama ( Arab ) Negeri Johor, Yang Dipertua Kesatuan ini telah mengumumkan bahawa kertas cadangan telah dihantar untuk menukar nama semua Sekolah Arab di negeri Johor ini dengan nama Sekolah Menengah Agama. Maka Sekolah Menengah ( Arab ) Pt. Sulong kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Parit Sulong yang terdiri daripada 180 orang pelajar dan 8 orang guru yang terdiri daripada 6 orang guru lama yang sangat berpengalaman dan 2 orang guru lepasan universiti dalam dan luar negara.

2000 – 2001

Pada tahun 2000, projek pembinaan bangunan 4 tingkat telah berjalan seperti yang telah dirancangkan. Oleh kerana itu, pada tahun itu juga, sekolah ini sekali lagi berpindah ke bangunan 2 tingkat yang telah dibangunkan hasil daripada bantuan modal dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah siap dibina. Segala kerja – kerja telah dijalankan seperti yang dirancangkan dan pembinaan telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2001.


Pelan Jalan Raya menunjukkan lokasi Sma Parit Sulong Sekarang


 TAHUN 2002 – SEKARANG

Pentadbiran sekolah ini berpindah sepenuhnya ke bangunan baru empat ( 4 ) tingkat yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah, makmal komputer, makmal sains, bilik mesyuarat, bilik guru, pejabat, perpustakaan, kantin dan lain – lain lagi. Bermula pada tahun ini, semua pelajar memulakan sessi persekolahan pada waktu pagi bermula pukul 7.30 pagi hingga 1. 50 petang.

Pada masa ini sekolah masih mengekalkan dua aliran, Arab dan Akademik. Sekolah ini mengikuti Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi matapelajaran Akademik manakala sukatan matapelajaran Arab adalah mengikut sukatan ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor.



No comments:

Post a Comment