Friday, July 15, 2011

Apa Yang Berlaku Dalam Sejarah..

15 Julai....


  • 1099  -  Perang Salib yang Pertama, tentera Salib mengambil alih Church of the Holy Sepulchre di Baitulmuqaddis (Jerussalem) dalam pertempuran terakhir Pegepungan Baitulmuqaddis.



Scene dari filem Kingdom of Heaven

            Perang Salib Pertama dilancarkan oleh Paus Urban II pada tahun 1095 dengan dua matlamat; membebaskan Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dari kekuasaan orang Islam dan membebaskan orang-orang Kristian Timur dari pemerintahan orang Islam. Perang ini bertitik tolak dari rayuan Maharaja Empayar Byzantine, Alexios I Komnenos untuk mendapatkan tentera upahan Barat bagi menentang bangsa Turki di Anatolia dan rayuan ini dengan pantas bertukar kepada perpindahan dan penaklukan wilayah besar-besaran oleh Barat di luar Eropah. Ramai kesatria dan petani dari pelbagai bangsa di Eropah Barat mengharungi daratan dan lautan menuju ke Baitulmuqaddis. Mereka menakluki kota tersebut dalam bulan Julai tahun 1099 dan menubuhkan Kerajaan Baitulmuqaddis dan negeri-negeri Salibi lain. Walaupun pencapaian-pencapaian ini hanya mampu bertahan kurang daripada 200 tahun, Perang Salib Pertama merupakan titik peralihan utama bagi perluasan kuasa Barat dan juga langkah pertama yang utama terhadap pembukaan semula perdagangan antara bangsa di Barat sejak kejatuhan Empayar Rom Barat.

             Dengan penawanan Baitul Maqdis dan Kuburan Suci, ikrar perang salib kini telah dipenuhi. Bagaimana pun, terdapat ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum sempat sampai di Baitul Maqdis, dan ramai juga yang tidak pernah meninggal Eropah sama sekali. Apabila kejayaan perang salib ini diketahui, mereka ini dipersenda-senda dan dicemuh oleh keluarga mereka dan diancam dengan kucilan daripada gereja oleh para pendeta. Ramai tentera salib yang kekal bersama dengan perang salib sepanjang jalan ke Baitul Maqdis juga pulang ke kampung halaman; menurut Fulcher dari Chartres, hanya ratusan orang kesatria yang tinggal dalam kerajaan yang baru ditubuhkan itu pada tahun 1101. Pada tahun 1101, satu lagi perang salib dilancarkan, termasuklah Stephen dari Blois dan Hugh dari Vermandois, kedua-duanya pulang ke kampung halaman sebelum sempat sampai di Baitul Maqdis. Perang salib ini hampir-hampir digagalkan oleh orang Seljuk di Asia Kecil, tetapi mereka yang terselamat membantu memperkukuhkan kerajaan Baitul Maqdis apabila mereka tiba di kota tersebut. Pada tahun-tahun berikutnya, bantuan juga disediakan oleh pedagang-pedagang Itali yang menempatkan diri sendiri di pelabuhan-pelabuhan Syria, dan dari order-order keagamaan dan ketenteraan seperti Knights Templar dan Knights Hospitaller yang dicipta semasa era pemerintahan Baldwin I.


Kerajaan-kerajaan Salibi dan Kerajan-kerajaan Islam selepas Perang Salib Pertama

  • 1815 - Perang Nepoleon, Nepoleon Bonarparte (Maharaja Perancis) menyerah kalah di atas kapal HMS Bellerorpon.



          Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Pertama Napoleon Bonarparte dengan beberapa set pertukaran negara bersekutu Eropah oleh penentang kerajaan campuran yang berlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815. Peperangan yang berterusan dalam siri Napoleon adalah disebabkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1789, yang telah menyebabkan Perancis merevolusikan tentera Eropah dengan skala yang sangat besar yang tidak pernah berlaku sebelumnya, disebabkan oleh permodenan terhadap kerahan tentera secara besar-besaran yang digunapakai oleh Empayar Perancis. Kuasa serta pengaruh Perancis berkembang dengan cepat sekali, dengan menakluk sebahagian besar Eropah dan kemudian kuasanya merosot dengan mendadak selepas pihak Perancis dilanda serangan oleh Rusia pada tahun 1812. Empayar Napoleon akhirnya mengalami kekalahan yang teruk yang membawa kepada pengembalian semula raja Bourbon di Perancis. Siri peperangan ini menyebabkan berakhirnya Empayar Suci Rom. Dalam masa yang sama, Empayar Sepanyol mula berkembang semula selepas penguasaan Perancis ke atas wilayah jajahannya di Sepanyol mula lemah, memberi peluang kepada revolusi pejuang kebebasan di Amerika Latin untuk bebas daripada cengkaman pihak Perancis. Hasil daripada perang Napoleon, Empayar British pula yang menjadi kuasa yang paling kuat pada abad yang seterusnya. Siri Peperangan Napoleon berakhir dengan kekalahan Napoleon di dalam pertempuran di Waterloo, Perancis pada 18 Jun 1815 dan Perjanjian Kedua Paris.

Nepoleon Bonarparte ( French Emperor = 1804 - 1815 )

No comments:

Post a Comment