Tuesday, June 21, 2011

Sekadar Nukilan Hati..

Salam


      Nukilan ini tidak melibatkan mana-mana individu. Hanya suka-suka saja. Hope you'll like it..


Permata


Bila hati mula berasa mati,
dan bila fikiran mula keliru,
tiada apa yang aku mampu ku pegang,
selain meneruskan kehidupanku.
Bila harapan hancur sendiri,
bila kepercayaan dikhianati,
kesakitan hati tak siapa mengerti,
hanya senyuman mampu diberi.


Rasa seperti tak punya hati,
rasa seperti hidupku ini mati,
dan kesunyian menemani diri,
siapakah aku di dunia ini.
Tempang ku berjalan mencari diri,
mencari isi hati yang telah lari,
tertanya mengapa jadi begini,
dan mengapa sakitnya tidak pernah berhenti.


Bantulah aku,
aku perlukan petunjukMu Tuhanku,
tolongilah aku,
Yang Maha Pengasih,
berikanlah aku kekuatan.
Tidak akan aku selamanya begini,
tidak mahu aku selamanya sendiri,
sedar wahai jiwa yang mati,
bangun dan kejar impianmu.
Buang segala rasa buruk itu,
lahirkanlah rasa-rasa yang baru,
sukar dan susah akan menghalangmu,
jangan sesekali kau tunduk.


Bangun wahai pejuang muda,
bangun dan tunjukkan pada dunia,
engkau juga seorang manusia,
ada punya hati dan perasaan juga,
tapi beza kamu dengan mereka,
hati yang hilang dibawa cinta,
jangan dibiar hati itu hanyut dalam kegelapan,
bawalah ia keluar ke arah cahaya.


Ayuh sahabat, 
lupakan hari-hari yang lalu,
kerna yang lama itu mampu menghalangmu,
jadilah seorang perwira baru,
dan kejarlah Syurga Ilahi,
jangan pernah berputus asa,
jangan ada lagi rasa pemusnah di dada,
berusaha tidak kira situasinya,
kerna engkau seorang permata,
yang keras, kukuh, dan indah.

No comments:

Post a Comment