Friday, July 15, 2011

Apa Yang Berlaku Dalam Sejarah..

15 Julai....


  • 1099  -  Perang Salib yang Pertama, tentera Salib mengambil alih Church of the Holy Sepulchre di Baitulmuqaddis (Jerussalem) dalam pertempuran terakhir Pegepungan Baitulmuqaddis.



Scene dari filem Kingdom of Heaven

            Perang Salib Pertama dilancarkan oleh Paus Urban II pada tahun 1095 dengan dua matlamat; membebaskan Baitulmuqaddis dan Tanah Suci dari kekuasaan orang Islam dan membebaskan orang-orang Kristian Timur dari pemerintahan orang Islam. Perang ini bertitik tolak dari rayuan Maharaja Empayar Byzantine, Alexios I Komnenos untuk mendapatkan tentera upahan Barat bagi menentang bangsa Turki di Anatolia dan rayuan ini dengan pantas bertukar kepada perpindahan dan penaklukan wilayah besar-besaran oleh Barat di luar Eropah. Ramai kesatria dan petani dari pelbagai bangsa di Eropah Barat mengharungi daratan dan lautan menuju ke Baitulmuqaddis. Mereka menakluki kota tersebut dalam bulan Julai tahun 1099 dan menubuhkan Kerajaan Baitulmuqaddis dan negeri-negeri Salibi lain. Walaupun pencapaian-pencapaian ini hanya mampu bertahan kurang daripada 200 tahun, Perang Salib Pertama merupakan titik peralihan utama bagi perluasan kuasa Barat dan juga langkah pertama yang utama terhadap pembukaan semula perdagangan antara bangsa di Barat sejak kejatuhan Empayar Rom Barat.

             Dengan penawanan Baitul Maqdis dan Kuburan Suci, ikrar perang salib kini telah dipenuhi. Bagaimana pun, terdapat ramai yang pulang ke kampung halaman sebelum sempat sampai di Baitul Maqdis, dan ramai juga yang tidak pernah meninggal Eropah sama sekali. Apabila kejayaan perang salib ini diketahui, mereka ini dipersenda-senda dan dicemuh oleh keluarga mereka dan diancam dengan kucilan daripada gereja oleh para pendeta. Ramai tentera salib yang kekal bersama dengan perang salib sepanjang jalan ke Baitul Maqdis juga pulang ke kampung halaman; menurut Fulcher dari Chartres, hanya ratusan orang kesatria yang tinggal dalam kerajaan yang baru ditubuhkan itu pada tahun 1101. Pada tahun 1101, satu lagi perang salib dilancarkan, termasuklah Stephen dari Blois dan Hugh dari Vermandois, kedua-duanya pulang ke kampung halaman sebelum sempat sampai di Baitul Maqdis. Perang salib ini hampir-hampir digagalkan oleh orang Seljuk di Asia Kecil, tetapi mereka yang terselamat membantu memperkukuhkan kerajaan Baitul Maqdis apabila mereka tiba di kota tersebut. Pada tahun-tahun berikutnya, bantuan juga disediakan oleh pedagang-pedagang Itali yang menempatkan diri sendiri di pelabuhan-pelabuhan Syria, dan dari order-order keagamaan dan ketenteraan seperti Knights Templar dan Knights Hospitaller yang dicipta semasa era pemerintahan Baldwin I.


Kerajaan-kerajaan Salibi dan Kerajan-kerajaan Islam selepas Perang Salib Pertama

  • 1815 - Perang Nepoleon, Nepoleon Bonarparte (Maharaja Perancis) menyerah kalah di atas kapal HMS Bellerorpon.



          Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Pertama Napoleon Bonarparte dengan beberapa set pertukaran negara bersekutu Eropah oleh penentang kerajaan campuran yang berlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815. Peperangan yang berterusan dalam siri Napoleon adalah disebabkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1789, yang telah menyebabkan Perancis merevolusikan tentera Eropah dengan skala yang sangat besar yang tidak pernah berlaku sebelumnya, disebabkan oleh permodenan terhadap kerahan tentera secara besar-besaran yang digunapakai oleh Empayar Perancis. Kuasa serta pengaruh Perancis berkembang dengan cepat sekali, dengan menakluk sebahagian besar Eropah dan kemudian kuasanya merosot dengan mendadak selepas pihak Perancis dilanda serangan oleh Rusia pada tahun 1812. Empayar Napoleon akhirnya mengalami kekalahan yang teruk yang membawa kepada pengembalian semula raja Bourbon di Perancis. Siri peperangan ini menyebabkan berakhirnya Empayar Suci Rom. Dalam masa yang sama, Empayar Sepanyol mula berkembang semula selepas penguasaan Perancis ke atas wilayah jajahannya di Sepanyol mula lemah, memberi peluang kepada revolusi pejuang kebebasan di Amerika Latin untuk bebas daripada cengkaman pihak Perancis. Hasil daripada perang Napoleon, Empayar British pula yang menjadi kuasa yang paling kuat pada abad yang seterusnya. Siri Peperangan Napoleon berakhir dengan kekalahan Napoleon di dalam pertempuran di Waterloo, Perancis pada 18 Jun 1815 dan Perjanjian Kedua Paris.

Nepoleon Bonarparte ( French Emperor = 1804 - 1815 )

Wednesday, July 13, 2011

Sma Parit Sulong.. Sekolah Ku (Bab 2)

Bab 2

Pada tahun 1987, madrasah ini telah berpindah ke Bangunan UMNO yang terletak di Jalan Muar Parit Sulong. Bangunan dua tingkat yang juga merupakan Bangunan UMNO itu mampu menampung hampir 80 orang pelajar dengan 4 buah kelas. Seperti tahun – tahun yang lalu, sessi pembelajaran bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.20 petang, yang merangkumi dua aliran, Arab dan Akademik yang mana pelajarnya akan menduduki dua peperiksaan, iaitu Peperiksaan SMRA ( Sijil Menengah Rendah Agama ) yang akan mendapat Sijil Syahadah Ibtidaiah dan Peperiksaan SRP ( Sijil Rendah Pelajaran ).

     Melalui dua peperiksaan ini, sekolah ini mempu melahirkan pelajar – pelajar yang cemerlang. Ini dibuktikan dengan keputusan peperiksaan yang mencapai tahap kelulusan 100% sejak tahun 1990 hingga 1996. Dan pada setiap tahun, madrasah ini menghantar pelajar – pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Ma’ahad Johor yang mana sebahagian besar dari mereka ini telah menjawat jawatan yang baik di dalam agensi – agensi kerajaan dan swasta, sama adea di dalam negeri Johor mahupun negeri – negeri lain seperti Sarawak, Sabah dan Brunei Darus Salam.

Ini menambahkan keyakinan masyarakat untuk menghantar anak – anak mereka ke sekolah ini. Dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah, bilangan guru – gurunya juga telah bertambah. Pada akhir tahun 1982, pihak sekolah telah menerima setengah ( ½ ) ekar tanah yang telah diwaqafkan oleh Puan Hajjah Mulia Binti Hj. Salleh untuk dijadikan tapak bangunan sekolah yang baru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 1993, AJK Tadbir Sekolah telah mengadakan mesyuarat dan mengambil persetujuan untuk membina sebuah sekolah di atas tapak yang telah diwakafkan.

Tahun 1994 – 1998

Pada tahun 1994, sekali lagi sekolah ini berpindah ke bangunan yang telah dibina di atas tanah yang telah diwaqafkan oleh Puan Hajjah Mulia Binti Hj. Salleh. Bangunan satu tingkat itu adalah hasil usaha daripada dermawan, sumbangan orang ramai, ahli jemaah pengurusan sekolah dan juga guru – gurunya. Bangunan satu tingkat itu terdiri daripada tiga ( 3 ) bilik darjah, satu bilik guru, tandas dan kantin. Pada tahun 1998 itu juga sebuah lagi bangunan dua tingkat dibina di bahagian belakang bangunan satu tingkat itu yang mengandungi empat ( 4 ) buah bilik darjah, tandas dan bilik sembahyang. Bangunan ini adalah hasil daripada bantuan modal Kementerian Pendidikan Malaysia dan bantuan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pendidikan Malaysia.

   Pada tahun 1999, dengan keprihatinan Jabatan Agama Johor, satu perundingan telah diadakabersama dengan guru – guru sekolah ini. Hasil daripada perbincangan itu, mereka telah membuat keputusan untuk menggantikan bangunan satu tingkat yang sedia ada dengan bangunan 4 tingkat, yang akan dikendalikan oleh MAIJ, JAJ, PKENJ dan agensi lain yang terlibat. Oleh kerana bangunan yang ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang ramai, maka dua sessi persekolahan telah dijalankan iaitu pagi dan petang.

Di dalam Mesyuarat Agong Tahunan Kesatuan Guru – Guru Sekolah Agama ( Arab ) Negeri Johor, Yang Dipertua Kesatuan ini telah mengumumkan bahawa kertas cadangan telah dihantar untuk menukar nama semua Sekolah Arab di negeri Johor ini dengan nama Sekolah Menengah Agama. Maka Sekolah Menengah ( Arab ) Pt. Sulong kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Parit Sulong yang terdiri daripada 180 orang pelajar dan 8 orang guru yang terdiri daripada 6 orang guru lama yang sangat berpengalaman dan 2 orang guru lepasan universiti dalam dan luar negara.

2000 – 2001

Pada tahun 2000, projek pembinaan bangunan 4 tingkat telah berjalan seperti yang telah dirancangkan. Oleh kerana itu, pada tahun itu juga, sekolah ini sekali lagi berpindah ke bangunan 2 tingkat yang telah dibangunkan hasil daripada bantuan modal dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah siap dibina. Segala kerja – kerja telah dijalankan seperti yang dirancangkan dan pembinaan telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2001.


Pelan Jalan Raya menunjukkan lokasi Sma Parit Sulong Sekarang


 TAHUN 2002 – SEKARANG

Pentadbiran sekolah ini berpindah sepenuhnya ke bangunan baru empat ( 4 ) tingkat yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah, makmal komputer, makmal sains, bilik mesyuarat, bilik guru, pejabat, perpustakaan, kantin dan lain – lain lagi. Bermula pada tahun ini, semua pelajar memulakan sessi persekolahan pada waktu pagi bermula pukul 7.30 pagi hingga 1. 50 petang.

Pada masa ini sekolah masih mengekalkan dua aliran, Arab dan Akademik. Sekolah ini mengikuti Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi matapelajaran Akademik manakala sukatan matapelajaran Arab adalah mengikut sukatan ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Johor.



Monday, July 11, 2011

Sma Parit Sulong.. Sekolah Ku


Salam.. 


               Hari ini saya akan menceritakan tentang sekolah lama saya, SMA Parit Sulong. Sekolah yang banyak membantu dan mendidik saya sehingga saya dapat menjejakkan kaki ke pintu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.. Mekasih cikgu2, mekasih ustaz2, mekasih ustazah2.. Akan aku teruskan perjuangan ku...

Sekolah Menengah Agama Parit Sulong


KRONOLOGI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT SULONG
         
       
Sekolah Menengah Agama Parit Sulong dahulunya dikenali sebagai Madrasah Arabiah Parit Sulong kini semakin berkembang maju selaras dengan perkembangan taraf pendidikan hari ini. Ia tubuhkan pada 1 Januari 1964 oleh Ustaz Ishak Bin Damio sebagai pengetua dan telah didaftarkan sebagai sebuah Sekolah Arab mengikut peraturan – peraturan Sekolah Arab Negeri Johor sebagaimana peraturan SUKJ 12/56 ( VOL 1) bertarikh 24 Septembar 1963 pada 4 April 1979M bersamaan dengan 7 Jamadil Awal 1399 H.




Madrasah ini menumpang di bangunan Balai Raya Parit Sulong dengan mendapat kebenaran dari Ketua Kampung serta ahli jawatankuasanya. Bahasa Arab digunakan sebagai bahasa penghantar . Masa belajar yang diperuntukkan tidak boleh kurang daripada empat (4) jam sehari. Sessi persekolahan dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang ( pagi atau petang ). Bilangan guru pada masa itu ialah 4 orang dengan pendapatan RM 20.00 sebulan. Bilangan pelajar pula seramai 80 orang meliputi darjah satu hingga darjah empat Ibtidaiah.

Matapelajaran yang diajar ialah Nahu, Sorof, Insyak, Akhlak, Hadith, Mutalaah, Fiqah, Tauhid, Al – Quran, Tajwid dan lain – lain lagi. Pengajaran mengikut sukatan pelajaran Sekolah – sekolah Rendah Arab Negeri Johor yang telah disusun dan ditetapkan oleh Jabatan Agama Negeri Johor. Semua peralatan mengajar adalah atas daya usaha guru – guru dan pentadbir sendiri. Sekolah bergerak tanpa mendapat bantuan dari mana – mana pihak atau sumber – sumber yang lain.



Arwah Ckg. Yusuf Wan, Arwah Ckg. Uthman bin Tahir. Arwah Ustaz Hj. Noor bin Ali. Ustazah Muslimah Burhan. Ckg. Jamieh bte Kornain. Ustazah Jaharah Owan


Bermula 1975, sessi persekolahan madrasah adalah pada tiap – tiap hari Ahad hingga Khamis, bermula pukul 2.00 petang hingga 6.20 petang. Matapelajaran akademik telah diperkenalkan sebagai matapelajaran tambahan di tingkatan satu, dua dan tiga mengikut seperti mana sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Oleh kerana madrasah ini terletak di kawasan yang sangat rendah dan seringkali dilanda banjir pada musim tengkujuh yang berlaku setiap tahun, maka bilangan pelajar semakin berkurangan.

Pada tahun 1979, madrasah ini dengan rasminya telah didaftarkan sebagai Sekolah Menengah Agama ( Rendah ) Negeri Johor. Pada akhir tahun 1983, madrasah ini telah mendapat Bantuan Skim pinjaman Buku Teks dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kemudahan dan galakan kepada pelajar. Tenaga pengajar juga telah menerima bantuan dari Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Johor mengikut bilangan murid. Antara tenaga pengajar pada masa itu ialah Ustazah Jaharah Bte Owan, Ustazah Moslimah binti BurhanUstaz Hj. M. Noor Bin Ali (telah meninggal), Cikgu Yusof Bin Wan (telah meninggal) dan Cikgu Jamieh Binti Kornian (Telah bersara).





Sunday, July 10, 2011

Hari Terbuka dan Muamalat SMAPS 2011


Hari Terbuka.. yeah!!!.. hehe.. Pada tanggal 6 Julai 2011, SMA Parit Sulong menganjurkan Hari Terbuka dan Muamalat SMAPS bagi thaun 2011.. Ramai ibu bapa yang hadir bagi melihat prestasi setengah tahun anak-anak mereka. Ada yang gembira dan ada yang menangis.. "Tahniah dan Bersabarlah".. em, dan bagi pelajar-pelajar pula, ramai yang bergembira kerana menyertai Hari Muamalat 2011.. "Lelong-lelong, Singgit, Empat".. hehe..

Gerai - Gerai


En. Amiruddin ( Bob Bundle ).. Tudung!! Tudung!! Singgit, Dua..  

Gerai Pelajar-Pelajar 1 Bukhari ( Lelaki)..
Gerai Pelajar-Pelajar  1 Muslim ( Perempuan )...

Gerai Pelajar-Pelajar 1 Bukhari ( Perempuan ) ....
Gerai Pelajar-Pelajar 1 Muslim (Lelaki)...
- Zaidi, Amir Faiz (Pillot), Abdul Rahim -

Gerai Pelajar - Pelajar 2 Umar
(Lelaki)... 
Gerai Pelajar - Pelajar 2 Umar
(Perempuan)... 
Gerai Pelajar - Pelajar 2 Abu Bakar (Perempuan)....

Gerai Guru dan Badan Pengawas....


Gerai Guru dan Badan Pengawas ( Ngah Bersiap-siap tapi ada yang rilek - rileks)....
- Ikmal n Syamil -
Gerai Pelajar 3 Maliki (Perempuan)....

Gerai Pelajar 3 Maliki (Perempuan)...
- Float!!! -

Geari Pelajar 3 Syafie (Perempuan)...

Suasana di Hari Muamalat 2011

"Ad'Jah!! apakah ini".. hehe..

Mari - mari, Satu singgit..... sentengah.. ngee..

Kaunter Pendaftaran..
- Ck. Esni, Ck. Hafiza, Bella -

Wah!!, ada air manggo and 'Ice Lemon Tea'.. MenariKK!!

"Ehm-Ehm.. Silalah beli Donut bercoklat saya"..
Bukan Big Apple or Dunkin' Donut, buat sendiri maaAaa..

Kicap, Sos, Sabun, Bam Pala pn ada.. Ishhkh x4..

"Air Kelapa Iliyas!!".. Mai Skali Nak Sebaldi.. hehheh..

Alahai.. CutenyeR, haha.. Spakah yg di tepi itu??...
Sesat mungkin...

Lihat, Murah??.. Beli..

Dadih.. Dadih.. Dadih.. Kopok??

Puasa lama lagi, Kuih sampai dulu.. hehe

 Rumah Spongebob Muda..

Keledek goreng.. huh! Lazat beb...

Sambil menunggu Otak-otak siap.. Syamil!! jgn main pisau!!..

Do you like ice cream.. i want Vanilla + Orange plezz..

Murah-murah!!.. Ayuh ramai-ramai

Apsal macam kertas nie yang lapar eh.. hehe..

- Budak-budah Ad'jah -
Adib and Fahmi, Tokey berjaya

Time untuk melepak.. Penatnyer..

Merz.. dalam tembikai.. Mahal Tue..

Waduh, adik manisssssssss..... haha....

Hendsome.. haha

Ck. Yunus, berusaha!!..
Ck. Rashid.. Singgit.. haha
Mau Jagung rebus??.. 
Otak-Otak.. Be careful, panas tue..
Ustaz Ishak, xsempat abik gambar dah pusing..

Yeah!!.. teacher and student!!

Nampak sedap.. cuba abik bau.. xda??.. cuba lagi.. hehe

Ustazah Jaharah (Pengetua Sekolah)

Akhirnya.. dapat miniman coklat free..

We will win.. Haha

Ada gaya x??.. bole berjaya nie.. hehe..

Hari yang memuaskan.. hiaaauhh!!..

Ad'jah Stall.. Nk dpt otak-otak free..
ssshhh.. jgn bagitaw spe-spe.. hehe..
Aku bersama Jagung dan Daging Burger.. haha..
I'M AMAZING!!!!
Ngee..

          Program ini berakhir tepat pukul 1.00 petang.. Sesungguhnya sudah lama tidak terlibat dalam hari muamalat sekolah setelah aku meninggalkan dunia persekolahan dahulu.. aku berterima kasih kepada pelajar-pelajar ku sekalian.. thankz for the free food.. "Arigato" hehe..